SENARAI ARTIKEL

Saturday, October 25, 2008

5 Laman Web yang paling diminati

1. Google - www.google.com
Google merupakan enjin carian paling berkuasa pada masa kini. Adakah anda masih menggunakan Yahoo untuk mencari maklumat? Jika ya, anda memang bermasalah (T_T).
2. Download.com - www.download.com
Sumber software anda. Download.com menyediakan bermacam-macam perisian dari pelbagai kategori yang anda boleh muat turun secara percuma. Tips: jika anda hanya inginkan freeware, pastikan filter ditetapkan kepada free.
3. Digg - www.digg.com; del.icio.us - http://del.icio.us; StumbleUpon - www.stumbleupon.com
Maaf, saya tak dapat pilih antara tiga link ini, kerana semuanya hebat-hebat! Ketahui informasi yang terbaru dan terhangat, pengetahuan am yang berguna, serta laman web yang menarik. Kesemuanya ada dalam ketiga-tiga perkhidmatan ini.
4. Wikipedia - www.wikipedia.org
Jika anda ingin mengetahui maklumat lanjut berkenaan sesuatu perkara, rujuklah pada Wikipedia. Wikipedia adalah ensiklopedia yang paling lengkap dan paling cepat berkembang. Juga merupakan syurga dunia bagi para pelajar, segala jawapan bagi assignment anda ada di sini ^^
5. YouTube - www.youtube.com
Walaupun YouTube bukanlah kegemaran saya, namun tidak dinafikan ianya merupakan laman web yang paling kerap dikunjungi di seluruh dunia. Laman web ini menyediakan video klip percuma untuk ditonton, merangkumi semua topik dari pembelajaran hinggalah kepada lawak jenaka. Ingat, gunakan laman web ini sebaik-baiknya dan ingatlah had dan batas kita sebagai seorang Muslim.

No comments: