SENARAI ARTIKEL

Monday, September 13, 2010

Teknik Split Affilite- satu lagi teknik pemasaran affilite dibongkarkan oleh seorang newbie setaraf otai.


            Salam 1 malaysia semua..macam mana hari ni? Masih dalam mod raya ke? Hari ni dah masuk hari raya ke-4 sekejap jer rasa. Saya sekeluarga hari ni tak pergi mana2 plan dok rumah jer macam biasa melayari internet yang menjadi hobi saya tiap2 hari. Sambil menjelajah mencari info-info berguna niche buat duit di internet saya terjumpa di Facebook (FB) tentang satu rahsia yang amat berharga sekali. Nak tahu rahsia apa? Hehe..nak bagi tahu ker tak yer? Saya bagi tahu la, ini satu perkongsian ilmu yang berguna. Ok berbalik pada kisah saya  tadi, teknik yang saya maksudkan ialah teknik SPLIT AFFILIATE . Pernah dengar tak teknik ni? Teknik ni digunakan oleh bro Rahman Basri seorang newbie yang telah berjaya mencipta namanya sebaris dengan otai-otai affiliate yang lain. Ramai yang tertanya-tanya macam mana Bro Rahman dapat mengalahkan otai-otai lain dalam cabaran affiliate. Saya dah beli dan terus baca. Wow!! Memang hebat, patut le Bro Rahman banyak dapat sale dengan affiliate. Kalau anda nak rasa duit affiliate saya cadangkan anda dapatkan ebook ini. Bagi saya, ebook beliau sangat-sangat berharga kerana pendedahan yang beliau bongkarkan tentang teknik yang beliau gunakan tidak terdapat di tempat lain dan pendedahan beliau yang cukup ikhlas. Jika anda seorang affiliater yang belum merasa duit affiliate ebook beliau sangat sesuai untuk anda. Memang berbaloi beli ebook ni.
Okay saya cerita sikit apa sebenarnya Teknik Split Affiliate ni?Split  bermaksud Asing/Bahagi
Beliau berkongsi bagaimana beliau mampu mempromosi lebih dari satu produk affiliate, iaitu 3 PRODUK sekali gus! Hebatkan!! Dalam ebook ini, beliau tunjukkan case study terhadap promosi yang beliau lakukan bagi ketiga-tiga produk tersebut:
Case study #1: Kuasa Fan Page
- Dalam case study ni, beliau tunjukkan bagaimana beliau menggunakan teknik “lemah lembut” dalam membuat promosi di Facebook. Macam mana tu?
- Selain tu, beliau dedahkan juga idea last minit yang beliau gunakan dengan menggunakan salah satu fungsi di Facebook iaitu _____ untuk mempromosi produk ini. Idea apakah itu? Saya baru tahu bila baca ebook ni..memang hebat..
- Dan yang paling penting, beliau tunjukkan cara beliau tarik trafik ke landing page dan juga _____  itu. Nak tahu taka pa dia? (Salah satunya, email marketing… Ops..terlepas cakap.. yang lain anda kena beli kalo nak tahu..
Case study #2: Program 20 Ribu 20 Hari
Sekali lagi beliau menggunakan teknik split affiliate untuk mempromosikan produk ini. Kali ini beliau promosi kepada list emas beliau sehingga ada yang menghubungi melalui melalui Facebook untuk membeli. Tapi teknik apakah yang beliau gunakan untuk mempromosi melalui pemasaran email ni? Beliau menggunakan teknik psikologi!  Anda boleh baca sendiri email yang beliau hantar kepada list beliau. Email-email ini ada ditunjukkan dalam ebook ni. So, kalau anda tak pernah baca email tu, anda boleh baca dalam ebook ni.
Case study #3: Mininiaga
Untuk promosi kali ni juga, beliau masih menggunakan email marketing. Beliau akan tunjukkan bagaimana beliau split list beliau untuk promosi produk ini. Cuba anda lihat, beliau mengunakan teknik email marketing untuk mempromosi ketiga-tiga produk ini. Mungkin anda tertanya-tanya, macam mana boleh mempromosikan sampai tiga produk dalam satu masa. Itulah yang dinamakan Teknik Split Affiliate. Beliau pecahkan promosi kepada teknik-teknik yang berlainan dalam satu masa.



Kalau anda masih ditahap newbie dan tak berapa faham tentang affiliate ni anda boleh baca ebook bro Jamal ni Affiliate Kerajaan. Ok, ini saja perkongsian saya untuk hari ini..Kalau nak tahu lebih lanjut klik banner dibawah ni.







Thursday, August 26, 2010

Buat duit dengan eBook

Assalamualaikum semua..dah lama saya tak update blog ni..hari ni saya terpanggil untuk berkongsi satu lagi peluang buat duit dengan ebook. Mesti ada yang bertanya, buat duit macam mana??Boleh percaya ker? Jawapan saya YA boleh..Sahabat saya saudara Jamal telah membuktikannya. Siapa Jamal ni? Nama penuh beliau ialah Jamaluddin Bahari. Beliau ni kira baru juga la dalam dunia internet ni. Beliau bermula aktif bisnes ebook di internet sejak tahun 2008. Beliau sudah mengeluarkan sudah 4 eBook. Hebat tu, walaupun masih newbie tapi sekarang dah bertaraf otai. Beliau pernah menghasilkan jualan sebuah ebook Emas-emas yang hilang pernah terhasil jualan sebanyak RM125K dalam masa hanya 40 hari Wow!! Secara keseluruhan beliau telah berjaya menghasilkan lebih 7000 unit ebook sejak Dis 2008 dan lebih RM 400K telah masuk ke dalam akaunnya. Kini Jamal membongkarkan rahsia beliau buat duit dengan ebook. Tajuk ebook tersebut diberi nama Pakar ebook.
Apa sebenarnya Pakej Pakar eBook ini? Secara ringkasnya ia adalah pakej panduan lengkap dan terperinci yang JaMaL hasilkan khusus kepada sesiapa yang berminat memulakan perniagaan eBook di Malaysia. Ia terdiri daripada 6 modul utama dan 5 bonus hebat. Di dalam pakej ini, beliau mendedahkan rahsia bagaimana beliau berjaya dalam perniagaan eBook beliau. Pasti ramai di kalangan anda yang mempunyai persoalan-persoalan di bawah. Ia sentiasa berlegar-legar di dalam fikiran sehingga membantutkan usaha-usaha untuk memajukan diri anda.
Saya sukar mencari idea untuk menulis eBook. Lagipun saya bukannya pakar dalam apa-apa bidang. Ini jawapannya: Teknik rahsia mencari idea.
Macamana nak buat eBook ni? Gaya penulisan bagaimana yang mampu menarik minat pembeli? Saya tak pandai bermadah pujangga. Malah saya gagal BM semasa SPM dulu. Ini jawapannya: Teknik rahsia menulis ebook
Saya pula lain, eBook dah siap tapi bagaimana nak pujuk orang membeli. Saya tak pandai menjual la. Saya ni bukannya penulis surat jualan yang handal. Ini jawapannya: Teknik rahsia penulisan surat jualan
Saya ok sikit. Saya dah buat eBook dan tahu la juga buat surat jualan. Tapi masalah saya ni tak tahu pula membina laman web jualan untuk eBook tersebut. Saya ni kalau dengar HTML, PHP, FTP dan CPanel memang alergik fobia betul. Kalau tak ada web jualan macamana nak jual eBook tu? Ini jawapannya: Teknik rahsia membina web jualan
Oo.. saya tak ada masalah. Semua dah settle. Cuma saya tak tahu bagaimana nak buat pra pelancaran eBook saya. Pra pelancaran ni amat-amat penting dalam meningkatkan kadar pembelian eBook itu nanti. Ini jawapannya:Teknik rahsia pra pelancaran ebook
Ada idea, eBook pun dah siap, surat jualan mantap, laman web jualan cantik, dan pra pelancaran gempak tapi kalau tak tahu strategi pemasaran tak guna juga. Harus diingat strategi pemasaran online tidak sama dengan teknik pemasaran offline. Kalau begitu bagaimana? Ini jawapannya: Teknik rahsia pemasaran ebook

Segala persoalan anda akan terjawab dan anda kini berkemungkinan besar mampu mengikut jejak langkah mereka untuk menjadi pakar eBook yang seterusnya. Kalau anda berminat boleh klik banner dibawah atau klik saja banner disebelah tu.Kalau kita nak berjaya kena tiru orang yang berjaya,so apa lagi ikut saja apa yang Jamal buat dalam ebook tersebut,dengan kata lain BERTINDAK!!BERTINDAK!!!BERTINDAK!! andapun akan berjaya..ok

Monday, January 5, 2009

GAGAL MENDAPAT DUIT DARI INTERNET?? NAK TAHU BACA NI!!!

Artikle ini saya amik dari blog Alang..seorang IM yang berjaya dan tidak pula kedekut ilmu..harap Alang tak marah saya copy artikle sebagai panduan diri dan untuk pembaca lain juga..mungkin kita boleh muhasabah diri untuk memperbaiki kelemahan yang ada.. Thanks Alang...
Soalan yang kerap ditanya kepada diri sendiri, kenapa aku gagal dapat duit sesenpun dari internet sedangkan orang lain dah kaya raya. Adakah mereka menipu? Betulkan boleh buat duit di internet?
Di sini saya senaraikan beberapa sebab yang saya rasa menjadi punca kenapa anda gagal menjana pendapatan dari internet.
  1. Malas. Saya pun malas nak cerita la pasal sikap malas ni. Kalau anda ada sikap ni, bukan sahaja berniaga internet, kerja apa pun yang anda buat pasti tak berjaya. Kalau anda rasa perniagaan internet ni sesuai untuk orang-orang yang malas, anda silap. Jadi adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, pakcik makcik, datuk nenek semua, jangan malas-malas ya.
  2. Anda ingat dengan hanya membeli satu ebook yang berharga RM10, telah memberikan anda lesen untuk belajar semuanya dari penulis ebook tersebut. Saya yakin ramai penulis ebook menghadapi masalah macam ni apabila pembeli ebook bertanyakan soalan yang langsung tidak berkaitan dengan topik ebook tersebut. Malah lebih teruk lagi apabila anda dihubungi melalui telefon, email, instant messenger malah ada yang mengajak berjumpa secara berdepan untuk belajar tentang perniagaan internet, hanya kerana semata-mata mereka telah membeli ebook anda yang berharga RM10 itu.
  3. Anda ingat buat duit di internet ni kerja yang senang. Duduk di rumah, menghadap komputer tiba-tiba duit masuk. Kalau betul macam tu saya rasa dah ramai yang jadi jutawan kat Malaysia ni. Ingin saya tekankan yang perniagaan internet ni sama sahaja macam perniagaan lain mungkin lebih sukar lagi.
  4. Anda ingat dengan hanya beli satu ebook atau pergi satu kursus, anda sudah mempunyai ilmu yang lengkap untuk berjaya. Ebook dan kursus tersebut hanyalah memberikan ilmu kepada anda dan jika anda tidak amalkan ilmu tersebut memang tak ke mana.
  5. Anda merasa dengki / irihati dengan kejayaan usahawan internet lain. Jika anda ada walau sedikit pun sikap dengki / irihati ni memang anda tidak akan berjaya kerana anda banyak menghabiskan masa cuba mencari kesalahan / kelemahan orang tanpa melihat kesalahan / kelemahan diri anda sendiri
  6. Anda ingat tanpa guru anda tidak boleh berjaya. Seperti yang dimaklumkan di atas, kejayaan anda bukan terletak di tangan ebook, kursus ataupun guru sebaliknya di tangan anda sendiri. Saya tidak pernah menghadiri sebarang kursus dan tidak mempunyai seorang pun guru.
  7. Anda ingat dengan membina satu website anda tidak perlu lagi mengemaskini website tersebut tetapi mengharapkan pelawat dan pendapatan yang banyak.
  8. Anda ingat dengan membina blog di blogger atau wordpress.com dan memasukkan artikel yang dicedok dari sumber lain anda boleh menjana pendapatan.
  9. Anda tidak fokus pada satu sumber pendapatan. Apabila anda dengar orang lain dapat pendapatan yang lumayan dari satu sumber pendapatan yang lain, anda terus ingin mencubanya sedangkan apa yang anda buat sekarang masih lagi terumbang-ambing. Akhirnya jadilah yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.
  10. Anda ingat forum merupakan tempat menceritakan masalah peribadi anda dan semua orang akan bersimpati dan seterusnya menolong anda. Tak ada siapa yang kenal anda di forum jadi belum tentu apa yang anda ceritakan itu benar jadi tak payah la membuang masa menceritakan masalah anda kepada orang yang tidak dikenali kerana itu akan cuma menjejaskan kredibiliti anda.
Ok saya rasa cukup la saya senaraikan 10 faktor di atas. Kalau anda ada salah satu sikap di atas tentu anda tahu kenapa anda masih lagi tidak berjaya menjana pendapatan di intenet.