SENARAI ARTIKEL

Wednesday, September 24, 2008

Amanah Simpanan Bumiputera (ASB)

Ini diambil dr blog afidie
Bersama: MOHD. FARID RAVI ABDULLAH
SOALAN 1
Saya ada mendapat e-mel mengatakan pelaburan di Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah haram kerana ASB ada membuat pelaburan yang tidak berlandaskan syarak.
Pada mulanya, memang saya kurang percaya, takut ia e-mel palsu, tetapi setelah saya semak dengan e-fatwa di website Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), ada fatwa yang menyebut tentang pelaburan ASB ini dalam fatwa Hukum Wang Dividen Dan Bonus ASB. Soalan saya:
1. Apakah hukumnya pelaburan saya di dalam ASB tersebut?
2. Sebelum ini, saya ada mengeluarkan zakat simpanan ASB tersebut. Apakah hukum zakat saya itu?
3. Saya hendak berhenti melabur dalam ASB, saya bercadang untuk mengeluarkan jumlah wang yang saya telah simpan sahaja dan melabur di pelaburan lain. Mengenai bonus dan dividen ASB tu, apakah tindakan yang paling sesuai untuk saya ambil? Bolehkah dividen dan bonusnya saya gunakan untuk membayar hutang seperti hutang pinjaman pelajaran? Ataupun, bonus dan dividen itu saya derma atau sedekahkan?
JAWAPAN: Persoalan mengenai ASB mendapat perhatian daripada Jawatan Kuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Selangor, justeru keputusannya adalah seperti berikut;
* Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut:
*.i. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB
Keputusannya: Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syarak.
*.ii. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah.
Keputusannya: Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syarak, maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.
Maka dapatlah disimpulkan di sini seperti berikut:
Sekiranya sebelum ini kita melabur tanpa mengetahui hukumnya, maka kita dianggap tidak tahu. Namun setelah mengetahui keterlibatan pelaburannya yang tidak syarie, adalah salah dan berdosa untuk terus terlibat dengannya. Seakan-akan kita reda dan bersetuju malah memberi sokongan kepada sesuatu yang tidak dibenarkan syarak.
Zakat simpanan memang perlu dikeluarkan daripada wang simpanan tersebut kerana ia adalah wang kita yang telah mencapai haul dan nisab zakat.
Namun pertambahan yang terhasil daripada simpanan tersebut (dividen, bonus dan lain-lain) tidak perlu dizakat kerana ia terhasil daripada urusniaga yang tidak syarie. Motif zakat adalah menyucikan harta yang halal kerana perkaitannya dengan hak golongan asnaf dan bukan menyucikan harta yang status asalnya memang tidak halal untuk dihalalkan.
Dividen dan bonus yang terhasil masih perlu dikeluarkan supaya ia tidak lagi berkembang (dilupuskan). Melupuskannya melalui pembayaran hutang atau pinjaman pelajaran, bermakna kita masih mengambil manfaat daripada harta yang tidak syarie.
Jadi cara terbaik adalah dengan menyalurkannya kepada pertubuhan awam atau pertubuhan berkaitan khidmat sosial yang memerlukan dana seperti pertubuhan sukarela yang bertindak dalam waktu-waktu kecemasan, bencana alam atau sebagainya (kemaslahatan awam).
Bukan dengan niat sedekah atau amal jariah, sekadar satu bentuk pemberian dan sokongan terhadap khidmat sosial mereka yang menyeluruh kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira status agama, bangsa dan sebagainya.

Pengiraan pendapatan simpanan ASB

Tuesday, March 25th, 2008
http://uruswang.wordpress.com/
Pengiraan pengagihan pendapatan (DIVIDEN) ASB adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan.
Pengiraan bonus pula adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan untuk 10 tahun.
Dari segi pengiraan dividen ASB, ia mengambilkira baki selepas 8hb utk setiap bulan dan baki terendah akan diambil bagi bulan-bulan berkenaan. Manakala sebarang baki antara 1 hingga 7 hb tidak diambilkira bagi pengiraan Baki Minimum Bulanan (BMB), dan sebagai makluman cara pengiraan dividen ini yg menarik minat pelabur utk melabur kerana pelabur boleh mengosongkan akaun mereka dlm masa seminggu dan laburkan kembali dan akan menikmati keuntungan dividen yg sama dgn pelabur yg tidak membuat sebarang pengeluaran.

ASB Guna Loan Bank

Tuesday, March 25th, 2008
Dari: http://uruswang.wordpress.com/
ini pandangan seorang akauntan…… kalo buleh bagi comment…..it makes sense…Cuba anda
fikir-fikirkan……
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kalau tak silap saya, belum ada orang yang beri jawapan sama ada untung atau rugi buat ASB loan ini. Jadi izinkan saya berkongsi sedikit pengetahuan saya sama ada elok atau tidak elok buat ASB loan ini.
Analisis yang saya buat ini cuma ringkas saja dan tidak berniat untukmemburuk-burukkan pihak tertentu. Hanya sekadar untuk pertimbangan anda sebelum membuat keputusan untuk membuat ASB Loan (melabur ke ASB dengan duit pinjaman bank).
Dari contoh simpanan ASB RM 100,000 yang terdiri dari Deposit RM 5,000 manakala RM 95,000 pinjaman bank mengikut kadar BLR + 0.5% (iaitu 6.9% setahun) ==> Bayaran bulanan RM 731 untuk tempoh 20 tahun.
Seperti yang diiklan, dividen akan diberi terus kpd anda.
Contoh:
Dividen 7% setahun, anda akan dapat RM 7,000 setiap tahun. Boleh dibelanjakan apa saja anda suka dan at the end of 20 years, anda akan terima RM100,000 yang boleh digunakan untuk beli rumah, pendidikan anak dan sebagainya.
Cara A - Gunakan dividen untuk bayar semula pinjaman
——————————————————————
Hasil pengiraan saya menggunakan software Optimoney, jika dividen 7% setahun atau RM7,000 itu dibayar semula kpd bank untuk mengurangkan baki pinjaman anda, loan ASB anda dijangka selesai dalam masa 7 tahun 6 bulan dengan jumlah pembayaran penuh hampir RM 120,82 (termasuk deposit RM5,000 dan dividen RM7,000 yg dibayar semula setiap tahun) Ini bermakna, anda terpaksa membayar RM 120,000 untuk mendapatkan RM100,000 selepas 7 hingga 8 tahun.
Untung atau rugi?
Jika anda labur RM 731 ke dalam ASB setiap bulan selama 8 tahun pun, simpanan anda akan menjadi RM94,260. Campur deposit RM 5,000 yang disimpan utk 8 tahun juga, future value adalah RM 8,590. Total nilai pelaburan anda = RM102,850. Dah lebih RM100,000 dah.
Cara B - Belanjakan Dividen setiap tahun & maintainmembayar bulanan kpd loan
————————————————————————————————
Bagi loan RM 95,000 untuk 20 tahun pada kadar 6.9% setahun, jumlah pembayaran penuh selepas 20 tahunadalah RM 175,359 (kos) Dengan dividen RM 7,000 untuk 20 tahun = RM 140,000 dan duit ASB selepas 20 tahun = RM 100,000 (+) Duit Yang Diterima => RM 240,000
Secara kasar, nampak macam anda untung sebab anda perolehi RM 240,000 Dalam masa 20 tahun sedangkan kos pinjaman anda berjumlah RM 175,359 shj.
Untung pada mata kasar ==> RM 64,64
Tetapi, bila mengambil kira kesediaan dan keupayaan anda maintain Bayaran bulanan RM 731 selama 20 tahun, anda sebenarnya rugi besar. Ini kerana dengan simpanan RM 731 ke dalam ASB untuk tempoh 20 tahun, Nilai pelaburan anda akan menjadi RM 383,018 ! Ini bermakna, oleh kerana anda ambil ASB loan dari bank, anda kehilangan ‘potential gain’.
Total Value jika anda simpan sendiri = RM 383,018
Total gain kalau anda ambil loan = - RM 240,000
—————————————————————
Kehilangan Keuntungan RM 143,018
Siapa yang untung sebenarnya? ==> Bank !
Dengan modal pinjaman RM 95,000, bank terima RM175,359 dari anda sepanjang 20 tahun itu. Ini bermakna mereka untung lebih RM 80,000 dari keuntungan ASB yang anda boleh dapat jika anda simpan guna duit sendiri. Masalahnya, bank tidak boleh melabur dalam ASB kerana ASB adal h untuk individu bumiputra. Dengan ASB loan, mereka dapat buat untung hasil dividen ASB yang mereka ambil dari pelaburan anda.
Yang Rugi ==> Anda sebenarnya!!!.
Oleh itu, lebih baik anda simpan ASB menggunakan duit sendiri.
Moralnya, jangan melabur dengan duit hutang. Diharap email ini dapat menjawab dilemma anda selama ini.
Terima kasih.

Hukum melabur dalam ASN dan ASB adalah harus???

Wednesday, February 6th, 2008
Dari: http://www.deraman.com/blog/
Berikut ialah keratan akhbar Harian Metro Mutakhir hari ini, berkenaan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan hukum pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi masyarakat Islam di Malaysia.
“KUALA TERENGGANU: Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam hari ini memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah harus.
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata hukum bagi pembayaran dividen hasil pelaburan kedua-dua skim berkenaan juga adalah harus.
“Dengan sebab itu kita merasakan bahawa masyarakat Islam tidak perlu ragu-ragu lagi terhadap status melabur di dalam skim ASN dan ASB,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-80 di sini hari ini.”
Sumber : http://www.hmetro.com.my/Sunday/Mutakhir/20080203174550
Apa pendapat anda?

Tips Macam mana nak cepat selesaikan hutang

Disini ada beberapa tips tentang hutang

Dipetik dari Blog Dr Azwan:
Biar saya outline kan point-point penting untuk tatapan anda… Di dalam laporan tersebut ada banyak lagi point2 penting seperti bagaimana nak pilih loan, jenis-jenis loan dan kelebihan masing-masing dan macam2 tips nak melangsaikan loan rumah…
Antara point untuk melangsaikan pinjaman rumah dengan cepat oleh Sdr. Azizi Ali:-
1. Bayar loan setelah dapat duit

Apabila kita kena bayar loan rumah setiap 30 hb setiap bulan… tetapi gaji masuk 25 hb contohnya… tak perlu tunggu sampai 30hb baru nak bayar duit, sebaliknya bayar terus bila dapat gaji… Ramai yang tak tahu anda boleh bayar sebelum due date… dengan cara ini interest dapat dikurangkan dari 30 hari interest ke 25 hari… Jimat untuk 5 hari…
2. Bayar lebih sikit setiap bulan
Sekiranya kena bayar RM 725.78 setiap bulan, jadikan ia nombor bulat seperti RM 730.00 ataupun RM 750.00. Lagi bagus bayar RM 800.00.. jangan terkejut kerana dengan cara ini anda boleh mengurangkan tahun bayaran secara signifikan.
3. Bayar dua minggu sekali
Saya pun baru tahu… Anda boleh bahagi dua bayaran duit itu daripada RM 800.00 sebulan kepada RM 400.00 setiap 2 minggu sekali. Ini kerana di dalam kalendar Gregorian - setahun ada 12 bulan tetapi ada 26 forthnights (2 minggu). ia boleh mengurangkan tahun bayaran sehingga 3 tahun! (bergantung kepada bayaran)..
4. Bayar lebih kalau ada tunai di tangan
Kalau ada duit lebih daripada keuntungan perniagaan, bonus gaji, wang pusaka dan wang lebihan cukai boleh dibayar untuk pinjaman rumah.
5. Teruskan bayaran yang sama walaupun interest rate jatuh
Pada kebiasaannya apabila BLR jatuh, bank akan kurangkan bayaran bulanan. Ini kerana bank tak nak kita bayar lebih - kerana lebihan akan mengurangkan principal - so bank rugi dari segi interest… Oleh itu adalah penting kita mengekalkan bayaran untuk mengurangkan bayaran principal dan sekaligus mengurangkan interest.
6. Bayar lebih sekiranya naik gaji
Kalau gaji kita naik, kita boleh naikkan bayaran rumah sesuai dengan kenaikan gaji. Point Azizi Ali ialah… kalau selama nih kita boleh hidup dengan gaji sebelum ini, apakata kita maintain dengan cara hidup yang sama dan lebihan gaji boleh dibayar kepada bank.
7. Jual barangan terpakai untuk bayar pinjaman rumah
Cadangan yang pelik tapi praktikal. Adakala banyak barang2 lama tetapi berharga yang kita boleh jual. Hasilnya kita boleh bayar kepada bank.
8. Refinance pinjaman rumah ke Bank lain yang menawarkan interest yang lebih Rendah
Sekiranya ada bank yang boleh menawarkan interest yang lebih rendah misalnya dari 8 percent sekarang ke 6.5 percent, apa salahnya kita ambil peluang itu. Walaubagaimanapun setiap kiraan mestilah termasuk charge-charge seperti MRTA, moving cost, lawyer fee dan sbgnya (hidden fee).. Silap-silap… bayaran bulanan boleh lebih tinggi pula..
Cara lain adalah memohon bank yang sama untuk mengurangkan interest… (Saya pernah buat - bank approved kurangkan 0.5% interest - tak banyak tapi kurang la gak)… Sesetengah bank tak nak kehilangan customer kepada pesaingnya… Bank sayang kat anda… kecuali anda jenis kaki ponteng bayar bank… bank dengan gembiranya me”refer” anda kepada pesaingnya…
Ada banyak point2 yang saya tak tulis daripada special report ini… kerana kalau tulis habis nanti mentor saya Sdr Azizi Ali marah kat saya… Bank ambil untung yang banyak daripada interest yang dikenakan… Dengan ilmu yang ada kita boleh mengurangkan apa yang sepatutnya kita bayar pada bank… apa yang ada kita dapat kongsi bersama dan diharap dapat diamalkan di dalam kehidupan anda sehari-harian.
WallahuA’lam..