SENARAI ARTIKEL

Monday, January 5, 2009

GAGAL MENDAPAT DUIT DARI INTERNET?? NAK TAHU BACA NI!!!

Artikle ini saya amik dari blog Alang..seorang IM yang berjaya dan tidak pula kedekut ilmu..harap Alang tak marah saya copy artikle sebagai panduan diri dan untuk pembaca lain juga..mungkin kita boleh muhasabah diri untuk memperbaiki kelemahan yang ada.. Thanks Alang...
Soalan yang kerap ditanya kepada diri sendiri, kenapa aku gagal dapat duit sesenpun dari internet sedangkan orang lain dah kaya raya. Adakah mereka menipu? Betulkan boleh buat duit di internet?
Di sini saya senaraikan beberapa sebab yang saya rasa menjadi punca kenapa anda gagal menjana pendapatan dari internet.
  1. Malas. Saya pun malas nak cerita la pasal sikap malas ni. Kalau anda ada sikap ni, bukan sahaja berniaga internet, kerja apa pun yang anda buat pasti tak berjaya. Kalau anda rasa perniagaan internet ni sesuai untuk orang-orang yang malas, anda silap. Jadi adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, pakcik makcik, datuk nenek semua, jangan malas-malas ya.
  2. Anda ingat dengan hanya membeli satu ebook yang berharga RM10, telah memberikan anda lesen untuk belajar semuanya dari penulis ebook tersebut. Saya yakin ramai penulis ebook menghadapi masalah macam ni apabila pembeli ebook bertanyakan soalan yang langsung tidak berkaitan dengan topik ebook tersebut. Malah lebih teruk lagi apabila anda dihubungi melalui telefon, email, instant messenger malah ada yang mengajak berjumpa secara berdepan untuk belajar tentang perniagaan internet, hanya kerana semata-mata mereka telah membeli ebook anda yang berharga RM10 itu.
  3. Anda ingat buat duit di internet ni kerja yang senang. Duduk di rumah, menghadap komputer tiba-tiba duit masuk. Kalau betul macam tu saya rasa dah ramai yang jadi jutawan kat Malaysia ni. Ingin saya tekankan yang perniagaan internet ni sama sahaja macam perniagaan lain mungkin lebih sukar lagi.
  4. Anda ingat dengan hanya beli satu ebook atau pergi satu kursus, anda sudah mempunyai ilmu yang lengkap untuk berjaya. Ebook dan kursus tersebut hanyalah memberikan ilmu kepada anda dan jika anda tidak amalkan ilmu tersebut memang tak ke mana.
  5. Anda merasa dengki / irihati dengan kejayaan usahawan internet lain. Jika anda ada walau sedikit pun sikap dengki / irihati ni memang anda tidak akan berjaya kerana anda banyak menghabiskan masa cuba mencari kesalahan / kelemahan orang tanpa melihat kesalahan / kelemahan diri anda sendiri
  6. Anda ingat tanpa guru anda tidak boleh berjaya. Seperti yang dimaklumkan di atas, kejayaan anda bukan terletak di tangan ebook, kursus ataupun guru sebaliknya di tangan anda sendiri. Saya tidak pernah menghadiri sebarang kursus dan tidak mempunyai seorang pun guru.
  7. Anda ingat dengan membina satu website anda tidak perlu lagi mengemaskini website tersebut tetapi mengharapkan pelawat dan pendapatan yang banyak.
  8. Anda ingat dengan membina blog di blogger atau wordpress.com dan memasukkan artikel yang dicedok dari sumber lain anda boleh menjana pendapatan.
  9. Anda tidak fokus pada satu sumber pendapatan. Apabila anda dengar orang lain dapat pendapatan yang lumayan dari satu sumber pendapatan yang lain, anda terus ingin mencubanya sedangkan apa yang anda buat sekarang masih lagi terumbang-ambing. Akhirnya jadilah yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.
  10. Anda ingat forum merupakan tempat menceritakan masalah peribadi anda dan semua orang akan bersimpati dan seterusnya menolong anda. Tak ada siapa yang kenal anda di forum jadi belum tentu apa yang anda ceritakan itu benar jadi tak payah la membuang masa menceritakan masalah anda kepada orang yang tidak dikenali kerana itu akan cuma menjejaskan kredibiliti anda.
Ok saya rasa cukup la saya senaraikan 10 faktor di atas. Kalau anda ada salah satu sikap di atas tentu anda tahu kenapa anda masih lagi tidak berjaya menjana pendapatan di intenet.

No comments: